Roboh flat Kg. Sungai Baru didakwa tidak sah

Roboh flat Kg. Sungai Baru didakwa tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja perobohan beberapa blok flat di Kampung Sungai Baru terletak di Kampung Baru didakwa melanggar undang-undang berikutan pewartaan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 yang dikeluarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 adalah tidak sah.

Setiausaha Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail mendakwa warta APT yang dikeluarkan pada 21 Jun 2021 itu tidak boleh dikuatkuasa kerana ia dikeluarkan semasa darurat wabak Covid-19 berkuat kuasa 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021.

Pada masa sama, jelasnya, Parlimen ‘digantung’ dalam tempoh PKP tersebut.

“PHM berharap pemaju memberhentikan serta-merta tindakan perobohan di kawasan tersebut sehingga kerajaan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.

“PHM telah dimaklumkan penduduk kampung terbabit berjaya mendapatkan perintah injuksi interim daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang pemaju, Ritzy Gloss Sdn. Bhd. daripada meneruskan kerja-kerja perobohan bermula 22 Ogos hingga 05 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 10 Julai lalu, dilaporkan majlis pecah tanah projek pembangunan Kampung Sungai Baru  akan dilaksanakan akhir tahun ini dengan kerja-kerja pembinaan bermula suku pertama 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya sudah bertemu dengan kedua-dua pihak di bangunan pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan mendengar dengan teliti setiap penjelasan serta harapan yang disuarakan.

Bagaimanapun katanya, setelah pertimbangan dibuat, beliau berpandangan kerajaan harus berlaku adil kepada pihak majoriti yang bersetuju dan akur sejak awal dengan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN