RMK13 guna pendekatan RMK Pertama - Rafizi

RMK13 guna pendekatan RMK Pertama – Rafizi

RAFIZI Ramli berucap pada Persidangan Permulaan RMK13 di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan akan mengambil kira pendekatan Rancangan Malaysia Pertama bagi merancang pelan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) nanti.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RMK13 itu iaitu satu dokumen perancangan ekonomi negara bermula 2026 hingga 2030 itu kelak akan dilihat lebih ringkas dan menyeluruh serta berasaskan ‘kanvas kosong’.

Bagaimanapun, katanya, RMK13 juga tetap mengambil kira cabaran ekonomi semasa, namun pada masa sama melaksanakan reformasi lebih radikal secara tersusun sekali gus membolehkan kerajaan responsif terhadap keperluan rakyat.

“Ketika ini, ekonomi Malaysia berkembang dengan ketara daripada pergantungan kepada getah dan bijih timah semasa pasca kemerdekaan, namun transformasi lanjut diperlukan bagi mengekalkan kelebihan daya saing dan daya tahan dalam dunia yang semakin mencabar.

“Kerajaan komited melaksanakan reformasi radikal dan berani dalam memperkukuh asas ekonomi negara selain memanfaatkan potensi besar rantau ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Permulaan RMK13 2026-2030 di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia perlu merebut peluang ini kerana ASEAN dijangka menjadi pasaran pengguna keempat terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Justeru, Rafizi berkata, RMK13 akan menjadi dokumen strategik yang ringkas namun komprehensif, direka untuk mudah difahami oleh semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan, penggubalan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan dan dijadual dibentang pada persidangan Parlimen Julai tahun depan selepas dimuktamadkan kerajaan.

“Pelan RMK13 ini hanya akan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan berbanding 18 bulan bagi menyiapkan RMK sebelum ini, namun tidak akan memberi kesan terhadap kualiti pelan rancangan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya