RM500 juta MoU MAHA GO Global

RM500 juta MoU MAHA GO Global

pelawat berpeluang mencuba simulator mengendalikan traktor menuai padi sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kementerian Pertani­an dan Keterjaminan Makanan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama 12 syarikat yang bernilai RM500 juta membabitkan sektor pertanian dan perikanan dalam menjayakan MAHA GO Global.

MoU tersebut antara Jabatan Perikanan (DOF) dengan empat organisasi utama iaitu Yayasan Petronas, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan World Wildlife Fund (WWF) bagi mempertingkat kerjasama dalam bidang konservasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) perikanan dan marin.

Menteri Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, MAHA GO Global ini adalah satu platform bagi mengangkat sektor agromakanan negara ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai negara.

“Inisiatif ini berpotensi menjadi pemangkin potensi pelaburan dan perdagangan dalam sektor agromakanan.

“MoU perdagangan turut dilaksanakan sebagai salah satu usaha kementerian untuk memperkasa kerjasama dan pemba­ngunan perniagaan dalam sektor agromakanan,” katanya kepada se­lepas hadir merasmikan MAHA GO Global di sini, semalam.

Mohamad Sabu berkata, KPI yang disasarkan melalui MAHA Go Global ini adalah nilai potensi pelaburan dan MoU sejumlah RM6 bilion serta sasaran janaan potensi perniagaan sejumlah RM167 juta.

“KPKM optimis bahawa ke­dua-dua KPI ini dapat dicapai. Sasaran ini juga merupakan KPI bagi penganjuran MAHA 2024 melalui pelbagai aktiviti yang dirangka dan pendekatan-pendekatan khusus yang diambil,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN