RM5 bilion tingkat taraf hidup pesawah

RM5 bilion tingkat taraf hidup pesawah

ANWAR Ibrahim berucap merasmikan Majlis Pelancaren Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS di sini, hari ini. - FARIZ RUSADIO/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kerajaan bakal memperkenalkan beberapa projek besar termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, projek tersebut akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi pesawah serta menaikkan taraf hidup mereka.

“Ada projek besar yang kita akan perkenalkan termasuk projek raksasa tanam padi fasa pertama yang akan dimulakan dalam masa singkat.

“Keseluruhan projek menelan kos RM5 bilion untuk kita tumpukan perhatian pada pesawah dan hasil mereka,” katanya dalam majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. 

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) khusus bagi projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

Penambahan keluasan bagi pelaksanaan program tanaman padi tersebut melibatkan kawasan seluas 30,000 hektar secara berperingkat di kawasan MADA turut dalam perancangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN