RM100j untuk Program Anak Kita atasi keciciran pembelajaran

RM100j untuk Program Anak Kita atasi keciciran pembelajaran

ANWAR Ibrahim dalam rakaman video ucapan perasmian Reformasi Pendidikan Program Anak Kita Semarak Potensi Malaysia di Sekolah Kebangsaan Rasa, Hulu Selangor, pagi tadi. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATANG KALI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama menyeluruh daripada semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan menamatkan isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid sekolah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, anak-anak yang tidak berkemampuan dan dibiarkan tercicir mesti diberi segala bantuan untuk meningkatkan keupayaan mereka, terutama dalam memberi ruang dan peluang kedua di dalam pendidikan.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta kepada Program Anak Kita di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) supaya tidak membebankan kementerian dengan tanggungjawab sedia ada.

“Saya harap kemudahan ini dimanfaat sebaiknya. Ibu bapa harus ada tanggungjawab. Guru-guru terpaksa dibebankan kerana guru-guru bertanggungjawab menyelamatkan anak bangsa tercicir.

“Anak-anak juga harus ambil kesempatan ini dengan sebaiknya. Tiada sebab mengapa tidak mungkin kita bangkit dan bernafas semula,” katanya dalam rakaman video ucapan perasmian Reformasi Pendidikan Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia di Sekolah Kebangsaan Rasa, Hulu Selangor, pagi tadi.

Hadir sama adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, program itu merupakan usaha tambahan setelah mengenal pasti jumlah keciciran yang membimbangkan.

Jelasnya, keciciran bukan perkara yang baru, tetapi menjadi lebih rumit dan mencabar tatkala Malaysia berdepan permasalahan pasca Covid-19.

“Orang yang berjaya tidak semua terus berjaya. Ada yang kalah, tewas dan gaga; tetapi akhirnya berjaya ialah dia yang sanggup bangkit semua dengan kesungguhan dan iltizam baharu.

Selasa lalu, Fadhlina dalam kenyataan berkata, kerajaan melaksana program pemulihan pembelajaran dikenali Program Anak Kita bagi menangani masalah keciciran pelajar di negara ini.

Program dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan dengan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan selain syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya