Rindu berlakon tetapi… - Elfi ra Loy - Utusan Malaysia

Rindu berlakon tetapi… – Elfi ra Loy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat pelakon, Elfira Loy sudah jarang dilihat di layar kaca mahupun perak. Seolah-olah, dia memilih kehidupan peribadinya berbanding dunia seni. 

Namun hari demi hari, ada segelintir peminat yang tidak melihat Elfira sebagai pelakon sebaliknya, selebriti media sosial dan pencipta kandungan lantaran perkongsian secara aktif di media sosial. 

Lantas menimbulkan tanda-tanya, adakah dia selesa gelaran ‘pelakon’ itu sikit demi sedikit terlucut dari bahunya dan diganti dengan selebriti media sosial sahaja? 

Tidakkah dia merindukan dunia lakonan yang seakan sebati dengannya sejak kecil? Adakah dia juga mempunyai ‘halangan’ lain yang menyekat keinginannya untuk aktif berlakon? Elfira, jawablah!

Kita selalu tengok Elfira sering menjadi rujukan para gadis dan wanita. Perkongsian tentang fesyen, kecantikan menjadi ikutan. Tetapi El ra sendiri ada insecurities? 

Tipulah kalau kita sebagai manusia tidak ada rasa insecurities itu. Kalau dari segi kulit wajah, saya tidak ada masalah sebab dari kecil saya memang jaga. Saya pun tidak ada masalah serius tentang kulit wajah. Cuma biasalah, saya ini kurang ketinggian. Mungkin itu yang selalu buat saya rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Tetapi saya selalu pesan diri untuk lihat hikmah di setiap kurniaan Tuhan. Kita tidak dapat semua. Bersyukur seadanya dan cari kelebihan dalam setiap kekurangan. 

Ramai juga yang merindukan lakonan Elfira. Tetapi ada yang melihat Elfira sekarang hanya sebagai selebriti media sosial atau pencipta kandungan. Ada yang mungkin tidak tahu Elfira pernah berlakon. Selesa dengan gelaran itu? 

Saya selesa sahaja dengan apa yang saya buat sekarang. Tetapi kalau hendak gelar saya pencipta kandungan itu, macam kurang tepat. Saya berkongsi ilmu dan perjalanan hidup. Mencipta kandungan bukan kerja saya. Sebenarnya saya lebih kepada suri rumah. Itu adalah ‘kerja ‘ saya sekarang. Saya suri rumah sepenuh masa. Saya fokus dengan suami, anak-anak dan keluarga. 

Elfira memang menjaga anak sepenuh masa sekarang? Adakah itu juga menyebabkan Elfira tidak aktif dalam dunia lakonan? Ya, betul. Saya tidak ada pembantu rumah. Tak ada pilihan lain, saya memang menjaga anak-anak. Anak kedua saya sudah berusia dua tahun dan baru putus susu, tetapi saya belum tergerak hati untuk berlakon.

Rindu dunia lakonan? 

Mestilah rindu. Saya berlakon dari kecil, sudah biasa dengan set penggambaran tetapi ada perkara yang lebih penting harus saya utamakan. 

Jika Elfira kembali ke dunia lakonan, adakah watak sebagai pelajar masih diterima? Melihatkan Elfira macam tidak tua-tua. 

Saya terima sahaja tetapi itulah, takut anak saya pula yang pelik kenapa mak pakai baju sekolah pula. Sebenarnya saya pelik juga. Saya selalu dapat tawaran sebagai peranan utama, tak pernah atau jarang sebagai pembantu. Bagi saya sekarang, watak pembantu pun okey sahaja. Tidak ada masalah, komitmen pun tidak terlalu tinggi. Jadi, saya lebih selesa jika ada yang mahu tawar watak pembantu. 

Adakah Elfira juga risau jika kembali aktif, ada netizen yang mula menghakimi sementelah Elfira sekarang sudah bergelar hajah? 

Di usia sekarang, saya tidak melakukan apa-apa untuk sesiapa selain Tuhan. Tak kisah pun apa orang hendak kata. Ada segelintir yang memang suka menghakimi. Jadi, saya  fikir tentang saya dan Tuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya