Resipi tradisional burung puyuh curi tumpuan

Resipi tradisional burung puyuh curi tumpuan

Salbiah Abdullah (kiri) dan Seri Dewi Mohd. Ropi menunjukkan menu masakan ketika menyertai Pertandingan Masakan Explorasi Rasa Tadisional sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pertandingan Masakan Eksplorasi Rasa Tradisional mencuri tumpuan apabila burung puyuh dipilih sebagai bahan utama dalam pelbagai masakan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Aiada Abdul Rashid berkata, pertandingan ini bukan sekadar menonjolkan kepelbagaian masakan berasaskan burung puyuh malah bertujuan mempromosikan hasil pertanian negara.

“Burung puyuh dipilih sebagai bahan utama kerana FAMA telah menambah hasil komoditi ini untuk memasarkan produk-produk berasaskan burung puyuh memperluaskan penggunaannya di kalangan masyarakat.

“Kami juga mahu tingkatkan kesedaran mengenai penggunaan burung puyuh dalam industri makanan negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Laman Tiba 1 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

Mengulas lanjut, Aiada berkata, pertandingan ini disertai sembilan peserta terdiri daripada wakil jabatan dan agensi yang dianjurkan dengan kerjasama Puspanita FAMA.

“Penglibatan jabatan dan agensi dalam pertandingan ini penting untuk menyokong usa­ha FAMA dalam memasarkan burung puyuh sebagai komoditi yang berpotensi tinggi.

“Sambutan terhadap pertan­dingan ini juga amat mengga­lakkan dengan peserta yang menampilkan kreativiti dalam menghasilkan hidangan yang menarik,” jelasnya.

Selain itu, Aiada berkata, walaupun penggunaan burung puyuh dalam masakan bukanlah perkara baharu, namun pertandingan ini membuka peluang untuk meneroka lebih banyak variasi masakan yang belum pernah dicuba sebelum ini.

“Pertandingan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkenalkan lebih banyak resipi inovatif berasaskan bahan tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya