Reman suami isteri ditahan bersama dadah disambung - Utusan Malaysia

Reman suami isteri ditahan bersama dadah disambung

PASANGAN suami isteri yang ditahan bersama dadah disambung reman sehingga Sabtu ini dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang direman selepas ditahan bersama lebih 6.3 kilogram (kg) dadah di sebuah rumah di sini, minggu lalu, disambung enam hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak terhadap suspek lelaki berusia 34 tahun dan isterinya, 37, bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Terdahulu, pasangan tersebut direman tujuh hari bermula 2 September dan berakhir hari ini sebelum pihak polis memohon tempoh lanjutan reman bagi melengkapkan siasatan.

Pada 1 September lalu, pasangan berkenaan ditahan di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan bersama 5.7kg pil yaba bernilai RM720,000 dan 631.9 gram (g) dadah jenis erimin bernilai RM48,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin dilaporkan berkata, polis turut menyita wang tunai, barang kemas dan kenderaan yang bernilai keseluruhan RM1.05 juta.

Menururnya, kesemua aset tersebut disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah oleh suami isteri terbabit yang juga rampasan terbesar oleh polis Terengganu pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya