Reman mudir sekolah milik GISBH dilanjutkan

Reman mudir sekolah milik GISBH dilanjutkan

MUDIR sekolah milik GISBH di Pasir Puteh dibawa oleh anggota polis untuk proses sambung reman di Mahkamah Majistret Machang, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang mudir di sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim dekat Pasir Puteh disambung reman tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah tersebut pada Selasa lalu.

Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga Rabu terhadap suspek berusia 66 tahun tahun itu dibenarkan oleh Majistret Amal Razim Alias.

Perintah reman tersebut bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pada prosiding itu, suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz.

Terdahulu, lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis selain dikawal ketat oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pasir Puteh.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah tersebut.

Perintah reman bermula Khamis lalu sehingga hari ini dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Kuala Krai.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, seorang mudir di sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim dekat Pasir Puteh direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya