Remaja kempunan miliki motosikal Yamaha RX-Z ditipu 'scammer' - Utusan Malaysia

Remaja kempunan miliki motosikal Yamaha RX-Z ditipu ‘scammer’

ORANG ramai dinasihatkan lebih berhati-hati membeli motosikal Yamaha RX-Z secara dalam talian untuk mengelakkan ditipu 'scammer'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja memiliki sebuah motosikal Yamaha RX-Z tidak kesampaian setelah tertipu dengan ‘scammer” menerusi iklan palsu di TikTok sehingga kerugian RM2,000, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 18 tahun itu melihat iklan terbabit ketika melayari TikTok di rumahnya.

Menurutnya, mangsa tertarik dengan tawaran satu akaun bernama ‘Motosikal Trusted Malay’ yang menjual sebuah motosikal Yamaha RX-Z pada harga RM4,000.

“Pengadu telah berhubung dan berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum bersetuju untuk membeli motosikal berkenaan pada pada harga ditetapkan.

“Pengadu kemudiannya membuat transaksi pemindahan wang ke dalam sebuah akaun bank sebanyak RM2,000 sebagai bayaran deposit seperti yang diminta suspek.

“Selepas itu suspek meminta pembayaran penuh bagi pembelian motosikal tersebut menyebabkan mangsa berasa curiga dengan urus niaga berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azli berkata, mangsa bertindak membuat semakan terhadap nombor akaun bank suspek dan mendapati ianya milik sindiket ‘penipuan dalam talian.

Jelas beliau, mangsa yang tidak berpuas hati dengan penipuan itu membuat laporan pada hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu.

“Orang ramai digalakkan lebih berhati-hati dengan sebarang iklan di media sosial dan tidak sewenang-wenangnya memindahkan wang bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya