Reformasi proses kerja elak salah guna kuasa

Reformasi proses kerja elak salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) me­lakukan reformasi proses kerja dan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh bagi mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan anggotanya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu mengambil kira teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan dalam masa terdekat.

Beliau mengambil maklum berhubung 11 kelemahan utama yang membuka ruang kepada sindiket tertentu membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi counter setting.

“Jabatan ini tidak berkompromi dalam menjamin ke­selamatan pintu masuk negara sentiasa terpelihara,” katanya semalam.

Beliau menegaskan, JIM juga komited memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi terlibat berhubung tindakan lanjut susulan penahanan 49 pegawai imigresen berkaitan counter setting.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan, dalang utama yang juga seorang pegawai imigresen ‘berpengaruh’ bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga ­asing menggunakan modus ope­randi counter setting akan didakwa di mahkamah awal bulan depan.

Suspek berusia 40-an itu ditahan pada 5 September lalu selepas berhasil meloloskan diri ketika operasi dijalankan sebelum ini.

Menerusi Op Pump, SPRM turut merampas wang tunai RM766,693 yang ditemukan dalam bagasi dan di bawah katil dalam bilik tidur menerusi serbuan di kediaman pegawai imigresen yang terbabit dalam sindiket sama.

Selain itu, sejumlah RM518,250 pula ditemukan dalam bagasi di bilik tidur pegawai wanita imigresen Gred KP22 di kediamannya di Pahang.

SPRM turut menemukan wang tunai RM248,443 yang disimpan di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 di rumahnya di Melaka.

Wang tunai yang ditemukan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM1.49 juta yang berjaya disita daripada penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket counter setting.

Terdahuli, terdapat penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersekongkol de­ngan sindiket yang membawa ma­suk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menerusi modus operandi counter setting atau ‘laluan kaunter khas’.

Daripada jumlah itu, sebanyak 49 penguat kuasa terlibat adalah pegawai di Jabatan Imigresen dan seorang lagi merupakan anggota PDRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN