REAIM 2024 platform fahami kemajuan AI dalam bidang pertahanan

REAIM 2024 platform fahami kemajuan AI dalam bidang pertahanan

Mohamed Khaled (tengah) ketika menghadiri pembukaan REAIM 2024 yang diadakan di Hotel Lotte, Seoul hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL, KOREA SELATAN: Sidang Kecerdasan Buatan (AI) yang Bertanggungjawab dalam Bidang Ketenteraan (REAIM) 2024 yang diadakan di sini disifatkan menjadi platform terbaik kepada Malaysia memahami kemajuan dan aplikasi bidang itu dalam aspek pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran REAIM 2024 adalah penting berikutan perkembangan dan kemajuan teknologi menyaksikan AI sebagai satu bidang yang tidak dapat diketepikan.

Katanya, keadaan itu berikutan, kemajuan AI berlaku di setiap lapisan, kegiatan dan sektor termasuk bidang pertahanan, sekali gus menjadi antara elemen yang perlu diberi tumpuan.

“Jadi, atas sebab itu, kita lihat penting keberadaan dalam REAIM 2024 kerana dengan kemajuan AI kita mahu tahu sejauh mana ia dapat diaplikasi dalam domain pertahanan.

“Kerana kalau tidak mengambil langkah tertentu, kita mungkin tertinggal dan wujud ruang (perbezaan) selain tidak dapat menyediakan negara secara terbaik khususnya dalam aspek domain pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri REAIM 2024 hari ini.

Berikutan itu, Mohamed Khaled berkata, sidang itu memberi peluang terbaik untuk menyiapkan Malaysia supaya lebih memahami mengenai AI dan manfaat aplikasinya dalam domain pertahanan.

“Jadi, melalui pertemuan dengan pemimpin negara dan pemain industri yang hadir, maka kita dapat memahami bagaimana kemajuan AI boleh memanfaatkan sektor pertahanan selain melihat perkara perlu dihindari dalam kemajuan itu.

“Itu tujuan utama REAIM 2024 dan mengapa kita sertainya ialah penganjuran seperti itu tidak dibuat di dunia selain hanya beberapa negara yang mempunyai pencapaian tinggi yang menyertainya,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penganjuran REAIM 2024, Mohamed Khaled menjelaskan, sidang itu menjadi platform pertemuan beberapa negara yang memberi perhatian kepada soal AI dalam domain pertahanan.

Menurutnya, ini berikutan, buat masa ini masih belum ada persidangan atau perbincangan secara meluas dilaksanakan di peringkat global bagi membincangkan aspek berkaitan domain pertahanan.

Sidang REAIM 2024 yang dihoskan secara bersama antara Korea Selatan bersama Belanda, Singapura, Kenya, United Kingdom dan Ireland Utara berlangsung selama dua hari bermula Isnin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya