PETALING JAYA: Pelakon, Raysha Rizrose mengumumkan dia dan suami, Nabil Jeffri bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Lebih setahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu berkongsi khabar gembira menerusi sebuah hantaran video memaparkan mereka berada di pantai sambil memegang perut.
“Kami, 11 tahun kemudian,” kongsinya.
Difahamkan, pengumuman tersebut turut dilakukan sempena tahun ke-11 mereka berkenalan.
Namun, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu tidak menjelaskan secara terperinci usia kandungannya.
Sementara itu, perkongsian tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat di ruangan komen.
“Dada, tumpang gembira untuk kamu and Nabil,” tulis satu komen
“Alhamdulillah, tahniah Dada!,”kata komen yang lain.
“Alhamdulillah, tahniah Raysha! Semoga dipermudahkan segala urusan,” ucap satu peminat.
Untuk info, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023. -UTUSAN