Rasuah penguatkuasa hingga RM25,000, pengarah syarikat warga Bangladesh ditahan

Rasuah penguatkuasa hingga RM25,000, pengarah syarikat warga Bangladesh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat warganegara Bangladesh direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi ejen sindiket dengan memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa bagi membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Penahanan suspek dilakukan SPRM sekitar Lembah Klang pada pukul 8 malam semalam susulan tangkapan sebelum ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai memberi rasuah kira-kira RM200 hingga RM25,000 kepada pegawai penguatkuasa sebagai balasan melindungi dan memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini.

Kata sumber, bayaran itu juga bagi penguat kuasa tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur sah.

“Suspek dipercayai bertindak sebagai seorang ejen serta menjadi orang tengah dan telah melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2022 hingga tahun ini,” katanya di sini. 

Perintah tahanan reman dua hari  dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya