Rasuah: Bekas setiausaha politik Hamzah Zainuddin kemuka representasi Rasuah: Bekas setiausaha politik Hamzah Zainuddin kemuka representasi

Rasuah: Bekas setiausaha politik Hamzah Zainuddin kemuka representasi

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Syed Amir Muzzakkir Al Syed Mohamad yang didakwa atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM350,000 ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas  setiausaha politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah, empat tahun lalu akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula dakwaan tersebut.

Peguambela, Md. Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, memaklumkan pihaknya akan mengemukakan representasi  bulan ini.

“Kami mohon kepada mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes untuk membolehkan kami mengemukakan representasi bagi mengkaji semula semua pertuduhan. Oleh itu, mahkamah menetapkan 18 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya,” katanya selepas prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farhana Ismail memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan menerusi emel yang dihantar pada 20 Ogos lalu. 

“Pihak kami akan mengemukakan 20 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan pada prosiding perbicaraan nanti. Kami mohon tarikh perbicaraan baharu ditetapkan,” katanya.

Md. Yunos mengesahkan bahawa pihak pembelaan telah menerima dokumen tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung 12 hari iaitu pada 5 hingga 8 Mei, 26 hingga 29 Mei dan 23 hingga 26 Jun 2025.

Sayed Amir Muzzakkir didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM700,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)  bernilai RM381,112,042.44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas di sini, dan di pejabat Nexuscorp Group Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada pukul 4 petang awal Disember 2020 dan 3.30 petang, 16 Disember 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan  hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya