Rakyat terima formula perpaduan, tolak politik sempit

Rakyat terima formula perpaduan, tolak politik sempit

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah membuktikan rakyat menolak politik sempit, perkauman dan agama yang dibawa pembangkang hingga mencetuskan kegusaran rakyat.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan Syed Hussein yang turut mewakili Kerajaan Perpaduan bagi memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota membuktikan penerimaan rakyat.

Kata beliau, rakyat semakin menerima gabungan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“DUN Mahkota memberi isyarat kepada kita bahawa ‘formula perpaduan’ diterima oleh rakyat dan formula ini harus dipertahankan dan digunakan dalam siri pilihan raya akan datang khususnya Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Walaupun pelbagai sentimen dimainkan pembangkang, namun ternyata rakyat tidak terpengaruh dengan politik sempit dibawa pembangkang,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Syed Hussien, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, semalam.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menang di semua pusat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri memuji kesepaduan yang terjalin antara jentera perpaduan membabitkan BN dan PH.

“Pujian harus diberikan kepada jentera PH yang saya lihat mereka bersungguh-sungguh bekerja bersama dengan jentera BN untuk memenangkan calon BN dari UMNO.

“Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan luar biasa ini dan kepada Syed Hussein selamat berkhidmat, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN