Rakyat kini bos saya - Altimet

Rakyat kini bos saya – Altimet

ALTIMET memberikan motivasi kepada pelajar dalam satu majlis di bekas sekolahnya MRSM Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Apabila menjadi wakil rakyat peranannya tetap sama seperti artis yang kedua-duanya berkhidmat untuk rakyat. Itu pendapat peribadi yang dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Bermakna kata beliau, kedua -dua peranan tersebut memberi impak positif kepada rakyat.

 

Menjadi penyanyi menghiburkan orang ramai manakala menjadi wakil rakyat dapat mengubah taraf kehidupan rakyat, “ ujarnya kepada Mingguan Malaysia.

Justeru kata Altimet, beliau tidak menyesal menceburi politik sebalik impian mahu menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah’ untuk didiami oleh anak-anaknya dengan selesa antara faktor terkuat beliau membuat keputusan dalam hidup apabila menceburi bidang tersebut.

Maka dengan itu, beliau tidak kisah dengan tugas utamanya menyantuni rakyat meski pun tidak berjanji sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

“ Saya hanya berjanji untuk berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menjanjikan sesuatu yang di luar kawalan saya,” ujarnya.

Ini kerana katanya, beliau sendiri tidak dapat menjamin akan menang dalam pilihan raya maka itu tidak mendorong untuk berkanji semasa berkempen.

Beliau yang kini menyandang jawatan Ketua cCbang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang berkata, tugasnya kini mengubah rutin hidup kerana pertama kali mempunyai majikan sedangkan sebelum ini dia adalah majikan kepada diri sendiri dan rakyat sebagai bos.

“Saya mewakili suara rakyat di DUN Selangor . Mewakili kawasan saya dan kerajaan negeri kini majikan,” ujar beliau lagi yang kerap turun padang termasuklah antaranya menunaikan solat di surau atau masjid dalam kawasannya bagi bertemu rakyat.

Pendekatan tersebut lebih signifikan dan sesuai kerana surau atau masjid adalah tumpuan aktiviti komuniti , maka lebih senang bertemu mereka di pusat ibadah.

Kekerapan beliau ke masjid merupakan pendekatan yang amat mudah, senang dan tanpa protokol. Sebelum ini Altimet mendidik anak-anaknya untuk bersolat menyebabkan beliau jarang ke masjid atau surau, namun pendekatan itu diubah supaya beliau kerap bersolat jamaah di surau atau masjid, ketika ini.

Pendekatan tersebut, kata beliau juga menunjukkan siapa-siapa juga boleh menjadi wakil rakyat tanpa mengira latar belakang kerjaya terdahulu.

“Tidak semestinya wakil rakyat datang daripada golongan agamawan, tok siak tetapi selagi anda warga negara, boleh menjadi wakil rakyat,” ujarnya sambil memberitahu di DUN Lembah Jaya terdapat 28 masjid dan beberapa surau solat Jumaat.

Bagaimanapun perlu diingat wakil rakyat adalah hamba rakyat, menjadi khadam rakyat, maka mereka akan disanjung oleh rakyat kerana perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan.

Ditanya adakah beliau sanggup menyantuni rakyat dalam semua keadaan tanpa mengira masa, Altimet berkata, ia bergantung kepada tiga keadaan sama ada melibatkan kes tanah runtuh, kebakaran atau pendarahan.

“Betul kita mengamalkan pintu terbuka tanpa protokol keterlaluan tetapi bergantung kepada kes,” ujarnya.

 

Altimet yang ditanya sama ada beban tugasnya menyantung rakyat di DUN Lembah Jaya berat kerana kawasan tersebut terletak di tepi bandar, beliau dalam nada merendah diri mengakui semua perlu diberi perhatian tanpa mengira latar belakang mereka.

Komitmen Altimet itu sekali gus dapat menepis sesetengah pendapat bahawa artis tidak akan berjaya dalam kerjaya politik. Penduduk Lembah Jaya, kata beliau dianggarkan 65,000 orang yang majoritinya kategori B40.

Masalah mereka terbahagi kepada dua iaitu masalah penduduk bandar dan orang kampung yang masih dahagakan pembangunan kemudahan. Bapa kepada tiga anak ini berkongsi lanjut bahawa beliau mengesan ramai warga emas tercicir daripada senarai penerima bantuan oleh wakil rakyat terdahulu.

Golongan tesebut, kata beliau memerlukan bantuan seperti kerusi roda katil hospital dan lampin pakai buang, justeru pegawai membantu menjejak mereka untuk dimasukan ke dalam senarai penerima.

Pada tahun depan pula, beliau akan memberi tumpuan kepada belia dan akan menekankan aspek keusahawanan.

Beliau juga akan meneruskan usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat dalam aspek kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, membersih dan menyelenggara longkang sesuai dengan pertambahan penduduk.

Antara isu lain termasuklah menyantuni penduduk yang memerlukan bantuan terutama golongan yang perlu membayar yuran mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi dan kemudahan komputer riba.

“Saya menerima bantuan daripada seorang usahawan yang membekalkan komputer riba terpakai kepada generasi muda ini. Maka golongan muda dapat dibantu manakala usahawan juga dapatkan menjalankan perniagaan,” ujar beliau lagi yang turut membantu rakyat berdepan isu banjir kilat, pokok tumbang dan cerun runtuh.

Mengenai aspek politik dan kenapa memilih PKR sebagai platform, Altimet berkata, beliau menghulurkan tangan kepada beberapa parti politik dan ketika itu, hanya PKR menerima tawaran beliau.

“Saya juga menyokong aspriasi PKR yang mahu melakukan reformasi tetapi bukanlah bermakna, menang pilihan raya hari ini, esok reformasi boleh berlaku,” ujarnya sambil menambah memang ada jajaran menghala kepada reformasi seperti yang dijanjikan. Ini bermakna reformasi yang hendak dilakukan mestilah secara berhati hati dan perlahan-lahan.

 

Menjawab soalan sama ada akan menyertai parti lain yang memberi tawaran menarik. Altimet menjawab: “Saya jenis setia dan bukan jenis sukar beralih angin.” Umat Islam sepatutnya mencontohi Rasulullah menyantuni rakyat secara berdakwah,” ujarnya.

 

 

 

Nama: Syed Ahmad
Abdul Rahman
Umur: 45 tahun
Lahir: Petaling Jaya
Kediaman: Bukit Antarabangsa Ampang
Pendidikan:
 Pendidikan Menengah SML Bukit Bintang Petaling Jaya
(1991-1993)
 Pengajian Tinggi Maktab
Rendah Sains MARA
(Muar) (1994-1995)
Pengajian Tinggi:
Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM)
Kerjaya:
 Pengurus Besar Altimet
Holdings Sdn Bhd
(2016- 2023)
 Pengarah Kreatif SVL TAN
Management
(2020-2023)
 Pegawai Pemasaran
Besar RecitaLab Sdn.
Bhd. (2018-2021)
 Ahli Lembaga Eksekutif
Kartel Records Sdn. Bhd.
 Ahli Lembaga Pengarah
RPM Badan Pelesenan
& Kutipan Royalti Industri
Muzik
 Usahawan Dalam Bidang
Industri Kreatif Teknologi
Makanan, Minuman san
Harta Intelek
Kerjaya politik
 Penyelaras DUN Lembah
Jaya (2022-2023)
 Ketua Cabang PKR
Bahagian Ampang

Beliau turut menasihatkan kepada mereka yang berminat menyertai politik supaya tidak mudah menabur janji manis semasa berkempen. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN