Raja Perlis terima mengadap Hishammuddin - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima mengadap Hishammuddin

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kangar baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kangar baru-baru ini.

Turut berangkat sama, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sesi mengadap ini adalah bertujuan untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

Bekas Menteri Kanan Pertahanan yang diiringi sama anakanda beliau Fahd Hussein turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis yang merupakan salah tumpuan baru para pelancong yang bercuti di negeri Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya