Rafizi mahu saman Wan Fayhsal

Rafizi mahu saman Wan Fayhsal

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memohon pasukan peguam untuk memulakan proses saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. 

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu membuat fitnah terbuka terhadapnya. 

“Fitnah terbuka bahawa saya membela macai (iaitu saya membayar cybertrooper) (dan) saya menyeleweng duit kementerian membayar cybertrooper

“Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah,” katanya menerusi hantaran di laman X. 

Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini mengulang siar hantaran pengguna X yang mendakwa seorang individu dibayar dengan jumlah yang tinggi oleh Rafizi sehingga mengeluarkan kenyataan mempertahankan kerajaan. 

“Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit Kementerian buat kerja macai politik!,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya