Queen of Tears kandungan Korea paling popular di Netflix - Utusan Malaysia

Queen of Tears kandungan Korea paling popular di Netflix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Drama bersiri, Queen of Tears (QOT) menjadi kandungan Korea Selatan paling popular setakat separuh tahun 2024 di aplikasi penstriman Netflix. 

Menurut laporan biannual Netflix yang dikongsikan kepada umum, naskhah lakonan Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun itu berjaya mengumpul 29 juta tontonan sekali gus meletakkannya di tangga ke-14 kandungan paling banyak ditonton.

Bukan itu sahaja, menurut laporan Nielsen Korea, fenomena QOT begitu popular sehingga mengalahkan rekod tertinggi yang pernah dipegang oleh Crash Landing on You pada 2020.

Selain QOT, drama My Demon turut mencatat kejayaan membanggakan dengan 18 juta tontonan diikuti Doctor Slump dengan 14 juta tontonan. 

Malah, laporan capaian Netflix menunjukkan keseluruhan waktu tayangan kandungan di aplikasi itu tahun ini dianggarkan mencecah 94 juta jam.  

Queen of Tears menceritakan tentang perjuangan pasangan suami isteri iaitu Hyun dan Haein menyelamatkan rumah tangga mereka. 

Hyun yang juga anak petani mempunyai cabaran menyesuaikan diri dengan keluarga Haein yang merupakan jutawan paling kaya di Korea Selatan. 

Hubungan mereka menjadi semakin pulih setelah Haein disahkan menghidap penyakit yang membawa maut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya