Pusat perniagaan berkaitan GISBH diserbu pagi ini

Pusat perniagaan berkaitan GISBH diserbu pagi ini

ANGGOTA penguat kuasa JAIS, MPS dan Kementerian Kesihatan melakukan serbuan di pusat perniagaan termasuk bangunan Ibu Pejabat GISBH di Bandar Country Homes, Rawang, pagi tadi. - FOTO/FB PUKAS MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa hari ini telah melakukan serbuan di pusat perniagaan termasuk bangunan Ibu Pejabat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang.

Serbuan bermula kira-kira 6 pagi dilakukan oleh sepasukan polis bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kementerian Kesihatan.

Antara premis perniagaan diperiksa adalah restoran, pasar raya, poliklinik, kedai bakeri, hotel, butik pakaian, galeri dan pusat media.

Selain itu, beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH dan pekerja turut diperiksa dengan pelbagai barangan disita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN