Pupuk generasi muda minat sukan woodball

Pupuk minat generasi muda terhadap sukan woodball

SUKAN woodball boleh diperkenalkan kepada pelajar sekolah supaya semakin ramai generasi muda meminatinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sukan woodball satu permainan yang baharu dalam kalangan murid-murid sekolah.

Pun demikian, hakikat itu bukan halangan bagi Kelab Woodball Muadzam Shah dalam usaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan sukan itu sebagai antara pilihan sukan yang diminati oleh generasi muda.

Itu yang diluahkan oleh Penasihat Kelab berkenaan, Ahamad Rozman Hamzah berkata, ketika ditemui semasa Kejohanan Woodball Remaja Rompin baru-baru ini.

Kejohanan yang diadakan di Laman Woodball Muadzam Shah itu ternyata menerima sambutan memberangsangkan apabila seramai 44 murid menyertainya.

Tiga buah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah di sekitar sini menghantar peserta untuk bertanding. SMKA (Pahang), menjadi sekolah teramai menghantar peserta dengan 18 orang murid, manakala SMK Muadzam Jaya seramai 11 peserta dan SMK Muadzam Shah menghantar sembilan peserta.

Bagi kategori sekolah rendah pula, SK Muadzam Jaya menjadi sekolah teramai menghantar peserta seramai lima orang.

Sementara itu, Guru Pengiring Pasukan SK Muadzam Jaya (SKMJ), Mohd Farid Wajdi Mohamad Faridul Atharas turut melahirkan rasa gembiranya dengan kehadiran ramai peserta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN