Pulau Pinang optimis selesaikan isu banjir kilat

Pulau Pinang optimis selesaikan isu banjir kilat

ZAIRIL Khir Johari (berdiri, tengah) ketika melancarkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Kerajaan negeri optimis projek mitigasi atau tebatan banjir yang giat dilaksanakan dapat mengatasi isu banjir kilat yang membelenggu penduduk setempat ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, beliau sedia maklum akan siri banjir kilat yang telah berlaku di beberapa kawasan termasuk di Bayan Baru dan Seberang Perai, baru-baru ini.

Justeru, beliau berharap, apabila siapnya Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Baru Fasa 1 kelak, kekerapan banjir kilat di kawasan tersebut dapat dikurangkan.

“Kalau diikutkan, sepatutnya kita perlu tebang banyak pokok besar untuk pemasangan ‘collector drain’, tetapi, apabila ada kekhuatiran masyarakat setempat yang mahu mengekalkan pokok terbabit, maka, kita keluarkan skop itu daripada pelan asal.

“Oleh itu, banjir kilat masih berlaku di kawasan terbabit terutamanya sekitar Jalan Mahsuri.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri kini sedang dalam proses untuk membuat keputusan iaitu sama ada pembinaan ‘collector drain’ itu akan dimuatkan dalam Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Baru Fasa 2 yang akan bermula tahun depan (atau sebaliknya),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Sungai Dua, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, dua projek berimpak tinggi iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jawi dan RTB Sungai Pinang juga diyakini dapat mengurangkan lokasi berisiko banjir di negeri ini.

“Perkembangan terkini RTB Sungai Jawi amat positif di mana sekarang ini kita dalam proses mereka bentuk terperinci dan dijangka akan siap pada akhir tahun ni dan pembinaan dijangka akan mula pada awal tahun depan.

“Bagi RTB Sungai Pinang pula, projek berkenaan kini sudah mula dalam peringkat pembinaan,” katanya.

Terdahulu, beberapa laluan di sekitar Bayan Baru, dekat sini sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam dan kejadian itu merupakan yang kedua berlaku dalam bulan ini selepas kali terakhir dilaporkan media Selasa lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN