Pukul warga asing, tiga suspek ditahan bantu siasatan

Pukul warga asing, tiga suspek ditahan bantu siasatan

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menahan tiga suspek bagi membantu siasatan susulan satu kes pukul melibatkan seorang lelaki warga asing di sini, malam semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, Bayan Lepas di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia antara 29 hingga 30 tahun itu ditahan menerusi Op Cantas yang dijalankan untuk memburu mereka.

Terdahulu katanya, kesemua suspek yang dipercayai warga tempatan itu dikatakan datang ke premis hiburan terbabit sebelum memukul mangsa dengan menggunakan botol kaca.

“Akibat daripada pukulan itu, mangsa yang juga pengadu mengalami luka-luka pada bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Kamarul Rizal, susulan kejadian itu juga, mangsa mendakwa wang miliknya sebanyak RM2,000 telah dilarikan oleh suspek semasa pergelutan berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya