PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan - Utusan Malaysia

PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan

PU Azman
PU Azman hadir ke Mahkamah Sesyen bagi mendengar keputusan pertuduhan di akhir pembelaannya berhubung dakwaan melakukan amang seksual, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dipenjara selama 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Azman Syah Alias, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes itu.

Selain itu, tertuduh diperintah menjalani kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman selesai.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri manakala Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian gelap hanya kelihatan sugul selepas tiba di mahkamah bagi prosiding itu, kira-kira pukul 10 pagi.

Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan dua pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi, 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. – UTUSAN

Berita lanjut menyusul

PU Azman hadir ke Mahkamah Sesyen bagi mendengar keputusan pertuduhan di akhir pembelaannya berhubung dakwaan melakukan amang seksual, di Klang, Selangor, hari ini. – UTUSAN / AFIQ RAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN