Provokasi ‘Sabah keluar Malaysia’ perlu disiasat – UMNO Sabah

Provokasi ‘Sabah keluar Malaysia’ perlu disiasat – UMNO Sabah

SUHAIMI NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: UMNO Sabah menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan sekali gus mengambil tindakan terhadap mereka yang menimbulkan provokasi ‘Sabah, Sarawak keluar Malaysia’.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, jika perbuatan atau provokasi yang dilakukan oleh kumpulan itu terus dibiarkan, dikhuatiri ia akan menjejaskan semangat kerjasama, perpaduan dan keselamatan rakyat.

“Perbuatan kumpulan yang menimbulkan provokasi ini sengaja mahu memporak-perandakan negara. Maka, UMNO Sabah meminta pihak berkenaan menyiasat siapa dalang disebalik tindakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Libaran itu berkata, beliau mahu pihak polis menyiasat perkara tersebut terutama mereka yang menghasut dari luar. Isu sebegini amat sensitif dan boleh mencetus ketidaktenteraman.

Beliau berkata, sekiranya ada perkara yang tidak mencapai kesepakatan antara kerajaan Persekutuan dan negeri, ia boleh dibincangkan dan bukan dengan mewujudkan provokasi yang boleh menghasut rakyat.

Katanya, beliau agak bimbang melihat ada pihak secara terbuka menyebarkan provokasi sebegitu melalui laman media sosial.

Suhaimi berkata, sekiranya ada perkara di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tidak dipersetujui namun, melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dihadiri Perdana Menteri dan Ketua Menteri telah berjaya menyelesaikan 11 perkara dan tujuh perkara telah dimuktamadkan.

“Kita yakin isu tuntutan MA63 ini akan diselesaikan secara berperingkat. Jadi, sekiranya isu tuntutan tersebut menjadi punca mendorong kumpulan ini membangkitkan semula isu Sabah keluar daripada Malaysia, ia tidak relevan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN