Program Taman Angkat bantu polis cegah jenayah

Program Taman Angkat bantu polis cegah jenayah

Ravindar Singh bergambar bersama 20 petugas media menerima sijil penghargaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat yang membabitkan komuniti perumahan dilihat banyak membantu polis dalam mengekang jenayah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, bagi daerah Cheras, sebanyak tujuh taman perumahan dijadikan Taman Angkat.

Kata beliau, lokasi itu membabitkan Perumahan Awam Seri Sabah 3B, Perumahan Awam Seri Pulau Pinang, Taman Midah, Taman Miharja Fasa1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan, PPR Raya Permai dan PPR Pinggiran.

“Masyarakat atau penduduk di Taman Angkat ini telah dilatih bagaimana hendak salur maklumat dan pencegahan jenayah.

“Program ini akan diteruskan dan serap banyak lagi taman angkat kerana ia banyak memberi kebaikan dalam membantu polis dan masyarakat,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 20 petugas media menerima sijil penghargaan daripada Ravindar Singh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan program itu membolehkan polis menerima banyak maklumat berhubung kes jenayah yang menyumbang kepada kejayaan tangkapan suspek.

Tambahnya, masyarakat merupakan mata dan telinga kepada pihak polis.

“Kalau kita harapkan polis untuk kawal seluruh pelusuk, itu agak sukar kerana banyak pintu keluar masuk. Dengan adanya kerjasama masyarakat, mereka jadi mata dan telinga polis,” ujarnya menambah, indeks jenayah di Cheras adalah terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN