Program SULUNG 3.0  bantu pelajar B40 sambung belajar di UKM Program SULUNG 3.0  bantu pelajar B$) sambung belajar di UKM

Program SULUNG 3.0  bantu pelajar B40 sambung belajar di UKM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Seramai 303 pelajar dalam kalangan keluarga B40 dikecualikan yuran pengajian menerusi Program Pembangunan Siswa SULUNG 3.0 yang berjaya menjejakkan kaki melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam. 

Nur Akliyah Amin, 20, pelajar baharu jurusan Pendidikan Khas berkata, beliau telah ditawarkan Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0 oleh pihak universiti.

Menurut remaja itu, program tersebut sangat membantu dirinya daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian.

“Sebelum ini saya bekerja sambilan di sebuah pasar raya bagi mengumpul wang untuk sambung belajar.

“Bantuan ini membantu saya menyelesaikan urusan pendaftaran tanpa perlu bimbang tentang masalah kewangan,” katanya. 

Sementara itu, pelajar baharu Sarjana Muda Ekonomi, Nor Faezah Ahmad Lani, 19,  berkata, program ini meringankan beban keluarganya untuk membiayai yuran. 

“Ayah saya merupakan seorang pekebun sawit dan ibu saya hanya suri rumah. 

“Saya akan manfaatkan bantuan ini sebaik mungkin dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh serta tekad untuk menjadi pensyarah bagi membalas budi kedua ibu bapa saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN