KLUANG: Semua 20 pusat pengundian membabitkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup serentak tepat pukul 6 petang ini.
Kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini untuk proses penjumlahan undi.
Keputusan penuh dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam.
PRK DUN Mahkota menyaksi pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.
PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN