KLUANG: Calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumum awal minggu depan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah menyenarai pendek senarai calon tersebut yang dikemukakan kepemimpinan negeri untuk PRK DUN Mahkota.
Katanya, perbincangan berkaitan pemilihan calon itu juga sudah dibuat dengan pucuk kepemimpinan tertinggi PN.
“Dalam sehari dua kita akan selesaikan dan putuskan, selepas itu akan diumumkan lebih awal daripada biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kenduri Rakyat di Kampung Bentong, di sini hari ini. – UTUSAN