PRK Mahkota: Pas akui berdepan cabaran besar raih kemenangan - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Pas akui berdepan cabaran besar raih kemenangan

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, kiri).melihat pameran sempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Yayasan Islam Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas mengakui Perikatan Nasional (PN) berdepan cabaran besar untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana kerusi tersebut sangat sinonim dan menjadi kerusi tradisi milik lawan.

Menurutnya, situasi tersebut juga disebabkan jumlah majoriti besar yang berjaya diraih penyandang, Allahyarham Datuk Sharifah Syed Zain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang lalu.

“Kita terima cabaran yang tinggi untuk menang di kerusi berkenaan tetapi kita cuba sahaja (melalui kempen dan mendekati pengundi).

“Saya tak nak sebut (Pas turun sebagai parti) ‘underdog’ sebab macam saya kata cabarannya besar, jadi kita cubalah (untuk menang).

“Atas kertas majoriti yang diterima oleh pemenang sebelum ini agak besar dan kita sedar tentang situasi itu dan cabarannya…ia tidak mudah untuk capai kemenangan tetapi tiada yang mustahil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Yayasan Islam Terengganu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jentera Pas yang diturunkan sepanjang tempoh kempen selama ini telah menjalankan gerak kerja dengan sangat baik.

“Ramai jentera bantu turun kempen…bagi jentera Terengganu, kita fokus pada pusat daerah mengundi (PDM) dan ada satu PDM yang ditugaskan melibatkan lebih 6,000 pengundi di situ,” katanya.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ia menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya