PRK Mahkota: Annuar Musa ramal BN menang besar

PRK Mahkota: Annuar Musa ramal BN menang besar

Lompat parti
ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti besar melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 September ini.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, DUN Mahkota merupakan kubu terkuat untuk BN dan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu yang menunjukkan BN dan PH memperoleh sebanyak 28,000 undi.

Ini menjadikan Mahkota kubu terkuat BN (dan) PH di Johor. Apa lagi dalam PRK, dengan segala jentera Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang sudah pun dikerahkan bekerja untuk ;pasukan perpaduan’.

“Dijangkakan BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon PH, Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah dicalonkan mewakili BN dan Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berkata, Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,000 undi sahaja di PRN lalu iaitu lebih 20,000 undi lebih rendah dari diperoleh gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Majoriti BN dlm PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baru mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN