Prinsip politik Islam sebenar sumbang kemenangan BN

Prinsip politik Islam sebenar sumbang kemenangan BN

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prinsip politik Islam sebenar yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan memastikan kemenangan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, prinsip sama yang diamalkan di PRK Nenggiri telah diterjemahkan dengan baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

“Di saat kita difitnah dan dilaga-lagakan oleh lawan, gabungan parti Kerajaan Perpaduan kekal dengan pendekatan matang menyantuni rakyat.

“Disaat kita ditohmah dan didajjalkan, kita kekal dengan jalan murni membela dan mempertahankan rakyat,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam PRK, semalam.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menangi di semua ousat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, jumlah undi yang diterima BN di PRK Mahkota adalah hampir sama dengan jumlah gabungan undi parti itu dan Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya Johor pada 2022.

“Ia menandakan bahawa kejayaan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan hari ini sudah boleh diterima oleh penyokong kedua-dua gabungan parti utama negara kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bijak dalam menguruskan perbezaan pandangan dalam parti-parti Kerajaan Perpaduan.

“Beliau kekal fokus dan tidak terganggu dalam membina semula parti yang tercalar dari pengkhianatan.

“Penghargaan juga kepada Pengarah PRK Dun Mahkota, Datuk Onn Hafiz, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Pengarah, dan Datuk Seri Khaled Nordin selaku Pengerusi War Room atas pengorbanan serta kecekalan mereka dalam menguruskan strategi di lapangan.

“Sudah tentu tidak dilupakan jentera-jentera UMNO-BN seluruh negara dan parti-parti rakan komponen Kerajaan Perpaduan termasuk PKR, Amanah dan DAP yang berkorban masa serta tenaga sehingga direzekikan Allah kemenangan manis ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya