Presiden MMA baharu ingin kebajikan doktor lebih terjamin

Presiden MMA baharu ingin kebajikan doktor lebih terjamin

KALWINDER SINGH KHAIRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang baharu, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira ingin memperjuang masa depan doktor terutama di sektor kesihatan awam.

Dr Kalwinder berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM), kementerian lain dan jabatan kerajaan untuk mewujudkan serta menjamin masa depan yang lebih baik untuk kumpulan doktor.

“Fokus utama saya adalah melakukan semua termampu bagi menyediakan dan meletakkan asas untuk masa depan lebih baik dan lebih terjamin untuk para doktor kita.

“Ini merangkumi melihat pada hak mereka untuk mendapatkan jaminan pekerjaan, persekitaran kerja yang sihat, pilihan dan peluang latihan pakar, keseimbangan kehidupan kerja, pengiktirafan terhadap usaha mereka dari segi gaji, elaun atas panggilan serta kesejahteraan mental mereka,” katanya dalam ucapan sulungnya di Majlis Makan Malam Tahunan MMA yang diadakan di Kuching semalam.

Dr. Kalwinder dilantik bagi menggantikan Presiden MMA terdahulu iaitu Dr Azizan Abdul Aziz.

Beliau berkata, kesejahteraan doktor terikat dengan masa depan penjagaan kesihatan negara maka perlu menggalakkan mereka terus kekal di dalam sektor kesihatan awam dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih bermakna dengan kerajaan dalam penubuhan suruhanjaya pembaharuan kesihatan kerana ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap masa depan kesihatan dan pekerja kesihatan di negara ini. MMA, dengan lebih daripada 17,000 ahli, pastinya ingin memberikan pandangannya,” jelasnya.

Tambahnya, beberapa isu yang tidak diselesaikan dalam sektor kesihatan swasta perlu ditangani. 

“Terdapat isu-isu dalam sektor swasta yang memerlukan perhatian dan perbincangan. Isu mengenai penyelarasan jadual bayaran GP swasta serta isu yang dihadapi oleh pakar perubatan swasta dengan syarikat insurans dan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) dalam tugas penjagaan telah wujud selama beberapa tahun dan memerlukan perhatian baru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya