Premis GISBH di Sabah, Sarawak akan digeledah, sita

Premis GISBH di Sabah, Sarawak akan digeledah, sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan semua premis Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Sarawak dan Sabah digeledah dan disita meskipun dikesan sudah ditutup dan tidak beroperasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, satu sesi mesyuarat diadakan PDRM bersama agensi-agensi kerajaan terlibat dalam siasatan terhadap GISBH bagi meneliti situasi semasa pengoperasian premis yang mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, semua agensi berkenaan dicadangkan mengambil tindakan untuk menggeledah dan menyita premis terbabit mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 3/1995 dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993 bagi premis di Sabah.

“Mesyuarat ini melibatkan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Hasil mesyuarat itu mendapati premis-premis berkaitan dengan GISBH di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini. hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, di Sarawak. tindakan sama akan dilaksanakan mengikut Seksyen 44 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah (Sarawak) dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993.

“Pihak polis akan membantu sepenuhnya dalam menjalankan tindakan ini.

“Walaupun premis ini telah dikesan tidak beroperasi, PDRM akan terus memantau bagi memastikan individu yang terlibat dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya