PPIM tidak pernah lindung GISB

PPIM tidak pernah lindung GISB

NADZIM JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan PPIM bersekongkol melindungi ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan berkata, persatuan itu hanya bekerjasama dengan entiti perniagaan GISBH atas dasar menyokong usaha syarikat itu meningkatkan produk halal buatan Islam untuk pengguna di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerjasama ini bukanlah cerminan PPIM menyokong atau mengetahui mengenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan ini yang kini sedang tular.

“PPIM tidak melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang atau bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, terdapat laporan tidak tepat mengenai pendirian PPIM yang cuba mengaitkan badan itu  dengan siasatan yang berlangsung.

“PPIM fokus kepada mempertahankan hak pengguna dan memperjuangkan isu rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak lain,” katanya.

Kata Nadzim, PPIM berharap siasatan terperinci dilakukan supaya pihak yang bersalah dihukum manakala mereka yang dianiaya terutamanya kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi dan jenayah seksual perlu dilindungi serta dibantu untuk masa depan yang lebih baik.

“PPIM menegaskan tidak pernah mengetahui mengenai apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan lain-lain sehinggalah perkara itu didedahkan baru-baru ini,” tegasnya.

Selepas ini, kata beliau, PPIM berharap tidak ada pihak lain cuba terus memburukkan  keadaan selain berhenti  mengaitkan PPIM dengan GISBH.

“Kami bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian serta mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik profil tanpa identiti di media sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya