Polis terima dua laporan kes penderaan babit ahli GISBH

Polis terima dua laporan kes penderaan babit ahli GISBH

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan turut menerima dua laporan berhubung kes penderaan kanak-kanak dipercayai dilakukan ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan itu dilakukan oleh bapa kanak-kanak itu di Kluang, Johor semalam.

Kata beliau, loporan itu dibuat selepas siasatan awal mengesan dua video tular berkait penderaan anaknya yang disebarkan menerusi media sosial sebelum dikongsikan oleh masyarakat.

“Dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Sejak semalam, tular rakaman video memaparkan kanak-kanak dipercayai di rumah amal dirotan selain mengadu kesakitan ketika diperlakukan dengan kasar. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya