Polis siasat, kesan 'mahar' GISBH melalui AMLA - Utusan Malaysia

Polis siasat, kesan ‘mahar’ GISBH melalui AMLA

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan bagi mengesan wang dikatakan mahar yang dikutip daripada setiap zon oleh syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan memang ke arah itu yang dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Kita akan siasat….Insya-Allah. Siasatan AMLA memang ke arah menjejak wang itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar mendedahkan tidak dibayar gaji, tiada caruman wang simpanan dan hanya menyediakan tempat tinggal serta makan minum untuk keluarga.

Itu tindakan didakwa dilakukan GISBH yang giat mempromosikan produk barangan Islam sedangkan hakikatnya sedang ‘memerah’ pihak lain untuk tujuan tertentu.

Syarikat berkenaqn didakwa memperoleh pendapatan bulanan dianggarkan lebih RM2 juta setiap bulan hasil ‘bayaran mahar’ daripada zon yang dibahagikan.

Itu pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas ‘jemaah’ yang mahu dikenali sebagai Azman, 41, berhubung modus operandi syarikat berkenaan.

Dia menyatakan bahawa kali terakhir syarikat itu membahagikan kepada 58 zon dan setiap zon diwajibkan memberi Pendapatan Kumpulan Harian (PKH) RM1,500 sehari.

“Untuk sebulan, kami perlu pastikan jumlah terkumpul adalah RM40,000 untuk setiap zon dan bagi 58 zon, sudah ada wang terkumpul kira-kira RM2.3 juta dan ini kami panggil sebagai mahar.

“Jika ada keperluan khusus seperti tugasan hasrat pemimpin untuk membeli apa-apa aset, maka nilai aset itu dibahagikan kepada zon yang ada, maka setiap zon perlu membayar bahagian aset terbabit,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN