Polis pantau media sosial pendedahan berkaitan GISBH Polis pantau media sosial pendedahan berkaitan GISBH

Polis pantau media sosial pendedahan berkaitan GISBH

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memantau kenyataan yang dikeluarkan oleh individu termasuk ahli, saksi atau mana-mana pihak yang ada kaitan dengan siasatan sedang dilakukan terhadap  GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diberi peranan untuk memantau media sosial. 

“Ini berikutan dikesan terdapat pihak berkaitan GISBH, individu, bekas ahli dan lain-lain yang membuat kenyataan mahupun pendedahan di media sosial. 

“Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil salurkan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Razarudin menegaskan, siasatan masih dilakukan susulan operasi besar-besaran Op Global yang dilakukan di seluruh Semenanjung semalam. 

“Kita fokus dengan perkara ini dahulu sebelum ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Media semalam melaporkan seramai 155 individu termasuk 77 wanita yang disyaki terlibat dengan GISBH ditahan.

Kesemua individu itu ditahan dalam serbuan di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik, premis perniagaan, maahad dan rumah persendirian.

Dalam operasi itu, seramai 186 orang mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak yang tular di media sosial sedang dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan migran 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN