Polis Negeri Sembilan berkas 671 pengedar dadar sehingga Ogos - Utusan Malaysia

Polis Negeri Sembilan berkas 671 pengedar dadar sehingga Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 671 individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berjaya ditangkap di negeri ini sepanjang tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Muhammad Izham Jaafar berkata, jumlah tersebut merupakan daripada keseluruhan 5,696 tangkapan yang telah dibuat meliputi pelbagai kesalahan dadah berbahaya.

Kata beliau, jumlah individu yang ditangkap melibatkan kesalahan pemilikan dadah pula melibatkan seramai 1,474 orang manakala pengguna dadah yang ditangkap pula adalah seramai 3,551 orang.

“Hasil daripada tangkapan pengedaran dadah bagi tempoh sama turut mencatatkan jumlah anggaran sitaan yang melibatkan aset-aset pengedar dadah berjumlah RM4.442 juta,” katanya hari ini.

Sementara itu, Muhammad Izham berkata, Jabatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri Sembilan turut akan melupuskan dadah bernilai lebih RM500,000.

Jelasnya, pelupusan 13 jenis dadah itu melibatkan rampasan dadah yang telah selesai perbicaraan dan masih tersimpan di stor barang kes narkotik di dalam daerah Kontinjen Negeri Sembilan yang meliputi 1,561 kertas siasatan bagi tahun 2012 hingga tahun ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN