Polis masih tunggu ambil keterangan agensi pelancongan ditahan Filipina 

Polis masih tunggu ambil keterangan agensi pelancongan ditahan Filipina 

JAUTEH Dikun (dua kanan) bersama Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah (kiri) semasa pelancaran Kod Qr Aduan masyarakat di Warisan Square, Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan mengambil keterangan syarikat pelancongan yang membawa pelancong dari Semporna memasuki perairan Filipina selepas proses siasatan di negara itu  selesai.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ketika ini 15 orang yang terdiri daripada lapan pelancong China dan tujuh warga Malaysia masih berada di Filipina. 

Beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang maklumat bagaimana pengendali pelancongan tersebut boleh memasuki sempadan negara jiran.

“Setakat ini kita tidak tahu apa sebab mereka boleh melepasi sempadan negara sebab kita belum jumpa mereka. Jadi, kita serahkan kepada kerajaan Filipina untuk menyelesaikan siasatan terhadap mereka.

“Apabila mereka kembali semula ke negara ini, kita akan jalankan siasatan lanjut. Kita juga akan mengambil keterangan mereka,” katanya selepas melancarkan Kod QR aduan rakyat di pekarangan Pondok Polis Warisan Square, hari ini.

Kata beliau, kawasan yang dimasuki oleh pengendali pelancongan itu adalah laut terbuka dan tiada pulau di kawasan berkenaan.

Jauteh berkata, setakat ini, pihaknya belum ada sebarang maklumat mengenai syarikat pelancongan yang menawarkan aktiviti memancing  dan ini adalah yang pertama polis  jumpa syarikat yang menawarkan aktiviti memancing.

Pada 1 September lalu, dua bot laju yang membawa sekumpulan pelancong dari Semporna ditahan oleh Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut dan Tentera Darat Filipina semasa memasuki perairan Sitangkai dekat Tawi-Tawi, Filipina.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya