Polis Kedah pantau rapat kegiatan GISBH Polis Kedah pantau rapat kegiatan GISBH

Polis Kedah pantau rapat kegiatan GISBH

FISOL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis Kedah memantau rapat kegiatan kumpulan dipercayai didalangi syarikat Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) yang beroperasi di beberapa daerah di negeri ini termasuk Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya dalam proses mengumpul maklumat lengkap berkaitan kegiatan kumpulan tersebut di negeri ini.

Katanya, siasatan dilakukan selepas Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melancarkan Op Global ke atas 20 rumah amal GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

“Kita sedang memantau rapat kegiatan kumpulan itu yang beroperasi di daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap, selain mengenal pasti sekolah, restoran, taman asuhan, rumah amal dan keseluruhan kegiatan kumpulan itu di negeri ini.

“Pada masa ini kita dalam proses melengkapkan maklumat untuk memudahkan siasatan kelak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Kuala Muda di Tanjung Dawai, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga sedang menantikan laporan lengkap apa yang berlaku di negeri lain serta kaedah yang digunakan dalam menangani kumpulan itu.

“Pihak kita akan turut menggunakan kaedah yang sama terhadap kumpulan ini selepas kita melengkapkan siasatan secara menyeluruh kelak. Walaupun tiada lagi laporan berkaitan kumpulan ini diterima di negeri ini tetapi pihak kita tetap memantau rapat kegiatan membabitkan GISBH ini,” ujarnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata siri serbuan ke atas 20 rumah kebajikan di bawah GISBH berhubung dakwaan eksploitasi dan penderaan kanak-kanak adalah kemuncak siasatan selama enam bulan.

Terdahulu, seramai 402 kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN