Polis cari pemandu langgar pelajar

Polis cari pemandu langgar pelajar

KEADAAN motosikal yang ditunggang seorang pelajar sekolah selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 146.8, Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Semerah, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang merempuh seorang pelajar hingga patah kaki kiri di Kilometer 146.8, Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Semerah, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sehingga kini pemandu kereta terbabit belum tampil di mana-mana balai untuk membuat laporan.

Katanya, kemalangan pada pukul 4.35 petang berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah hendak keluar simpang dari Sungai Nibong ke arah Sungai Buaya.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah Batu Pahat dipercayai dipandu laju terus melanggar motosikal pelajar terbabit namun tidak berhenti di tempat kejadian.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa cedera di kaki dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN