Polis cari 'Nazrul Izwan Ayob' 

Polis cari ‘Nazrul Izwan Ayob’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis giat mengesan pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Izwan Ayob’ berhubung tohmahannya tentang operasi sekatan jalan raya di Lebuh Alor Gajah- Melaka- Jasin (AMJ), Bukit Piatu di Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, satu taklimat operasi Op Lejang Mega diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah dilaksanakan kira-kira 9 malam pada 31 Ogos lalu. 

Menurutnya, operasi melibatkan kerjasama JSPT, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). 

“Operasi ini menyasarkan kumpulan motosikal yang menghalang laluan orang awam bagi aktiviti lumba haram di Lebuh AMJ, Bukit Piatu. 

“Pada 2.30 pagi (1 September), arahan penutupan jalan utama dan ‘lorong tikus’ telah dibuat dan penunggang motosikal yang ditahan dibawa ke tempat yang selamat bagi pemeriksaan awal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan dibawa ke IPK Melaka bagi tindakan saman dan pemeriksaan lanjut D4 JSJ.

Bagaimanapun, JSPT semalam mengesan satu hantaran oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Izwan Ayob’ mengadu tentang operasi yang telah dijalankan oleh polis. 

“JSPT Melaka telah ambil tindakan segera untuk mengesan dan menjejaki pemilik akaun tersebut di alamat rumahnya bagi mendapatkan penjelasan atas hantaran tersebut. 

“Laporan lengkap akan menyusul setelah tindakan berjaya mengesan pemilik akaun tersebut,” ujarnya.

Hantaran yang tular dibuat individu itu mempertikai dan tidak berpuas hati selepas ditahan polis menerusi tindakan operasi cegah jenayah yang dilaksanakan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN