Polis cari lelaki lintas Monorel Bukit Bintang

Polis cari lelaki lintas Monorel Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari seorang lelaki yang melintasi landasan Monorel Bukit Bintang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, satu video berdurasi 4 saat memaparkan seorang lelaki sedang melompat melintasi landasan monorel yang dipercayai berlaku pada 24 September 2024, pukul 11.35 malam.

“Laporan polis berkaitan kejadian ini telah dibuat pihak polis bantuan Prasarana pada 25 September 2024, pukul 9.34 malam.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan). Usaha mengesan suspek telah dibuat oleh polis bantuan Prasarana untuk menangkap pencereboh bagaimanapun masih gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pencerobohan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti.

Menurut Sulizmie, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau ‘hotline’ Polis Kuala Lumpur, 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN