Polis buru dua suspek pecah rumah

Polis buru dua suspek pecah rumah

GISBH Selangor
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakan sejenayah kepada seorang suspek yang mati ditembak polis di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam kini giat diburu polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat dua lagi suspek disyaki turut terbabit dalam kes jenayah pecah kedai di Damansara, Petaling Jaya.

“Kedua-dua suspek dalam buruan polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki yang juga penjenayah dikehendaki dan mempunyai 26 rekod jenayah lampau maut ditembak selepas merempuh kenderaan polis dan orang awam di Kampung Baru Kundang, Rawang.

Lelaki berusia 30-an yang pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) itu disyaki terbabit dalam kes pecah kedai di Damansara.

Dalam kejadian pukul 1.15 pagi, suspek enggan memberhentikan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipandunya lalu bertindak mengundurkan kenderaan secara laju dan merbahaya sebelum merempuh kenderaan polis serta orang awam yang berada di lokasi.

Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan suspek sehingga mengakibatkan kenderaannya terbabas.

Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya