Polis buru dua lelaki rakan penjenayah diitembak mati di Kundang

Polis buru dua lelaki rakan penjenayah diitembak mati di Kundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih memburu dua lelaki iaitu rakanlo kepada suspek yang mati ditembak polis di Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki terbabit diburu kerana turut disyaki terbabit dalam kes pecah kedai di Damansara, Petaling Jaya.

“Kita masih memburu kedua-dua rakan si mati,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga penjenayah dikehendaki dengan 26 rekod jenayah maut ditembak selepas merempuh kenderaan polis dan orang awam di Kampung Baru Kundang.

Lelaki berusia 30-an yang pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) itu disyaki terbabit dalam kes pecah kedai di Damansara.

Dalam kejadian pukul 1.15 pagi Rabu lalu, suspek enggan memberhentikan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya lalu mengundurkan kenderaan secara laju dan merbahaya sebelum merempuh kenderaan polis serta orang awam yang berada di lokasi.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek sehingga mengakibatkan kendaraannya terbabas. Pemeriksaan mendapat suspek meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, Hussein dilaporkan berkata, polis menyelamatkan lelaki warga Indonesia yang menjadi mangsa culik suspek.

Katanya, mangsa dipercayai diculik di kawasan Salak South, Cheras dan ditemukan selamat ketika operasi di Kundang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN