Polis buru banduan lari hospital 

Polis buru banduan lari hospital 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Siasatan polis mendapati, banduan yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh Rabu lalu, dipercayai meloloskan tangannya yang bergari pada katil.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati, banduan terbabit dihantar ke hospital berkenaan disebabkan telinganya berdarah dan telah digari pada katil.

“Namun, lelaki berkenaan dipercayai berjaya meloloskan tangan sebelum bertindak melarikan diri.

“Susulan itu, usaha mengesan banduan terbabit sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Rabu lalu, seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Banduan yang memiliki lapan rekod jenayah dan dadah itu dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27. Dia didapati tiada di katilnya ketika berada di hospital berkenaan dan dipercayai melarikan diri – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN