PN tubuh SG4 Group perkembangan positif - Ahmad Zahid 

PN tubuh SG4 Group perkembangan positif – Ahmad Zahid 

AHMAD Zahid Hamidi berucap dalam Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Mengenai Ancaman Dalam Talian di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi berkata, penubuhan syarikat oleh empat negeri jajahan pembangkang Perikatan Nasional (PN) dinamakan SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4) adalah langkah baik ke arah memanfaat potensi besar industri memproses unsur nadir bumi (REE). 

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau percaya penubuhan SG4 mempunyai tujuan baik dan negeri-negeri berkenaan mempunyai strategi tersendiri ke arah industri itu. 

Bagaimanapun, katanya, empat negeri berkenaan masih tertakluk kepada dasar percukaian dan ekosistem yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. 

“Kita tahu harga REE di pasaran dunia merosot 70 peratus disebabkan lambakan REE dan keluaran stockpile (simpan stok) oleh negeri tertentu. 

“Walaupun harganya jatuh tetapi ia masih ada potensi yang besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Mengenai Ancaman Dalam Talian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai penubuhan SG4 yang didakwa bermotifkan politik oleh pemimpin tertinggi UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN