PN tolak MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang

PN tolak MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya menolak MoU atas empat faktor antaranya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Selain itu, katanya, mengongkong kebebasan di samping boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa.

“Sehubungan itu, PN mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berjanji menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) secara sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti dan rakyat sedang menilai apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Hamzah, pembangkang telah menerima dua set draf cadangan MoU daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti Perikatan Nasional.

Selain itu, di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen PN.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan pengisytiharan harta merupakan antara tujuh syarat  MoU.

Dedahnya, memorandum itu juga merangkumi tujuh kandungan antara obligasi dan syarat yang perlu dipenuhi oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuklah isu berkaitan isu agama, kaum dan raja (3R). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN